aksesori

March 7, 2010

Aksesori

Aksesori ialah barang tambahan yang berfungsi sebagai hiasan dan pelengkap kepada pakaian. Aksesori yang selalu dipakai ialah :

▲ songkok, kopiah dan topi

▲ skaf dan selendang

▲ tali leher dan bow

▲ barang kemas

▲ beg tangan

▲ tali pinggang

▲ stoking dan kasut

Pemilihan aksesori

Pelbagai jenis aksesori boleh didapati di kedai atau gedung membeli-belah. Aksesori juga boleh dibuat sendiri mengikut daya kreativiti seseorang. Sumber daripada fabrik, tumbuh-tumbuhan boleh digunakan untuk membuat aksesori. Anda harus bijak memilih aksesori yang sesuai dengan diri anda. Pemilihan aksesori haruslah berdasarkan kesesuaian dengan perkara berikut :

1) pakaian

2) bentuk badan

3) situasi atau aktiviti

1) kesesuaian pakaian

Aksesori yang dikenakan haruslah bersesuaian dengan pakaian yang dipakai berdasarkan warna dan jenis pakaian. Warna pakaian hendaklah bersesuaian dengan warna aksesori. Apabila mengenakan sesuatu outfit, anda tidak boleh menggunakan lebih dari empat warna. Jadual di bawah menunjukkan kesesuaian aksesori dengan jenis pakaian.

Pakaian Aksesori
Trek sut Kasut sukan, topi sukan
Lounge suit Tali leher, bow, kasut kulit
Pakaian seragam sekolah Jam tangan, klip rambut, tali pinggang

2) kesesuaian bentuk badan

Aksesori dapat memainkan peranan penting bagi membantu penampilan diri. Jadual di bawah menjelaskan pemilihan aksesori yang sesuai untuk mendapatkan kesan yang efektif.

Bentuk badan Aksesori
Tinggi dan gempal -          tali pinggang kecil

-          kasut bertumit rendah

-          beg tangan sederhana besar

-          rantai leher yang panjang

-          skaf dan tudung dari fabrik yang lembut dan sederhana tebal

-          tali leher lebar dan bercorak besar

Rendah dan gempal -          kasut bertumit rendah

-          beg tangan kecil

-          rantai leher yang pendek

-          skaf dan tudung dari fabrik yang lembut dan nipis

-          tali pinggang kecil

-          tali leher kecil dan bercorak kecil

Tinggi dan langsing -          tali pinggang lebar

-          beg tangan besar

-          rantai leher yang pendek dan besar

-          skaf dan tudung dari fabrik lembut, dan bercorak besar

-          tali leher lebar dan bercorak besar

Rendah dan langsing -          tali pinggang sederhana lebar

-          beg tangan sederhana besar atau kecil

-          skaf dan tudung dari fabrik yang lembut dan bercorak kecil

-          tali leher kecil dan bercorak kecil

3) kesesuaian mengikut situasi atau aktiviti

Aksesori yang dipadankan haruslah sesuai dengan situasi atau aktiviti yang dijalankan. Jadual di bawah menunjukkan kesesuaian aksesori mengikut situasi atau aktiviti.

Aktiviti Aksesori
Bersenam - kasut sukan
Kembara -          beg sangkut

-          topi sukan

-          kasut sukan

Bersantai -          kasut sukan

-          sandal

-          kasut tumit rendah

Menghadiri majlis keraian -          songkok

-          kasut kulit

-          barang kemas

klasifikasi pakaian

February 27, 2010

Klasifikasi pakaian

Klasifikasi pakaian untuk wardrobe yang lengkap ialah :

pakaian asas – pakaian dalam untuk mengekalkan bentuk badan, memberi perlindungan, dan menjaga kebersihan diri.

pakaian formal – pakaian dalam kumpulan ini termasuklah:

● pakaian yang melambangkan identiti

● pakaian ke upacara atau majlis rasmi

● pakaian ke majlis keraian seperti majlis perkahwinan

pakaian kasual – pakaian yang sesuai untuk dipakai di dalam dan di luar rumah dalam semua situasi selain majlis formal.

pakaian riadah – pakaian untuk bersukan, bersenam atau aktiviti riadah lain.

pakaian tidur – pakaian yang sesuai dipakai semasa tidur.

Klasifikasi Ciri Contoh pakaian lelaki Contoh pakaian perempuan
Pakaian asas -          mudah menyerap lembapan seperti fabrik kapas

-          fabrik nipis dan sederhana tebal, lembut, dan halus

-          saiz yang sesuai

-          singlet

-          seluar dalam

-          coli

-          seluar dalam

-          kain dalam

-          kamisol

-          korset

-          girdel

Pakaian formal -          sopan

-          melambangkan unsur tradisional dan diperbuat daripada fabrik yang dihias seperti songket, renda, sutera, dan satin

-          mudah dikendalikan seperti drill

-          dihias dengan labuci, manik, dan sulaman

-          baju melayu

-          kemeja lengan panjang dan seluar panjang

-          lounge suit

-          pakaian seragam

-          blazer

-          jeepa

-          kebaya

-          baju kurung

-          ceongsam

-          pakaian seragam sekolah

-          pakaian pengantin

-          samfu

-          gaun makan malam

-          sari

Pakaian kasual -          mudah dikendalikan

-          stail yang ringkas

-          selesa dipakai

-          kemeja T

-          seluar Khaki

-          jean

-          kniker

-          baju kurung

-          kemeja T

-          blaus

-          bermuda

Pakaian riadah -          selesa untuk pergerakan

-          teguh

-          tahan lasak

-          kemeja T

-          seluar trek

-          seluar pendek

-          kostum pantai

-          seluar trek

-          leotard

Pakaian tidur -          mudah menyerap lembapan

-          pakaian longgar dan selesa

-          pijama

-          boxer

-          kain pelekat

-          kemeja T

-          gaun tidur

-          pijama

-          kain batik

-          housecoat

-          jubah mandi

pencucian pakaian

February 27, 2010

Hah kawan-kawan! Wardrobe juga perlu disenggara dengan baik supaya tahan lama. Penyenggaraan wardrobe yang baik dapat menjimatkan perbelanjaan dalam jangka masa yang panjang. Prinsip penyenggaraan wardrobe melibatkan pencucian dan penyimpanan pakaian serta penyenggaraan aksesori yang sempurna. Mari sama-sama kita lihat dengan lebih lanjut mengenai pencucian pakaian serta penyimpanan pakaian. Jom! Jom! (^_^)

Pencucian pakaian

Terdapat dua cara pencucian pakaian, iaitu :

▲ cucian tangan atau menggunakan mesin basuh

-melibatkan penggunaan air dan detergen

▲ mencuci kering

-melibatkan penggunaan bahan kimia sebagai pelarut

Cara membersih aksesori

Aksesori perlu dicuci sekali-sekala apabila perlu dan dicuci berasingan daripada pakaian, contohnya :

▲ songkok dan topi diberus dengan berus khas

▲ skaf dan selendang dicuci tangan

▲ tali leher dan bow dicuci kering apabila perlu

▲ barang kemas dibersihkan dengan kain lembut yang kering. Barang kemas yang          diperbuat daripada emas tulen dicuci dengan sabun dan dibilas

▲ beg tangan yang diperbuat daripada fabrik dan vinyl dicuci kering. Beg tangan yang diperbuat daripada kulit dilap dengan kain kering

▲ kasut kulit digilap selepas memakainya. Kasut kanvas dicuci dengan bahan pencuci

Penyimpanan pakaian

Setiap pakaian perlu disimpan dengan baik supaya tidak mudah rosak dan tahan lama. Cara penyimpanan pakaian adalah seperti berikut :

● simpan pakaian di ruang khas yang kering seperti almari, laci dan tetingkat pakaian

● pakaian boleh digantung atau dilipat mengikut kesesuaian

● pakaian termasuk aksesori disimpan mengikut klasifikasi.

Gambar di bawah menunjukkan penyimpanan pakaian di dalam almari.

Okay, ape tue wardrobe? Wardrobe ialah semua jenis pakaian yang ada di dalam koleksi individu dan aksesori yang dipadankan bersama. Cube lihat gambar di bawah yang saya sertakan,itulah wardrobe yang menunjukkan pelbagai pakaian dan aksesori. =)

Perancangan wardrobe

Perancangan wardrobe meliputi merancang koleksi pakaian dan menyenggara wardrobe termasuk aksesorinya. Kerja menyenggara wardrobe melibatkan pencucian dan penyimpanan. Semua perancangan ini perlu dilakukan dengan teliti kerana boleh :

♥ mencerminkan peribadi yang baik

♥ menjimatkan perbelanjaan

♥ mengenal pasti pakaian dan aksesori yang diperlukan

Prinsip merancang wardrobe

Ketika merancang wardrobe, beberapa prinsip perlu dipatuhi, iaitu :

1) bersesuaian dengan status sosio-ekonomi

2) memenuhi peranan individu

3) memenuhi keperluan aktiviti harian

4) bersesuian dengan cuaca dan persekitaran

5) mengikut keperluan agama, bangsa dan budaya

1) bersesuaian dengan status sosio-ekonomi

Wardrobe perlu bersesuaian dengan status sosio-ekonomi. Koleksi wardrobe perlu mengikut kemampuan anda. Tidak semestinya yang mahal itu cantik. Cara untuk menjimatkan perbelanjaan wardrobe ialah :

● tidak membeli banyak item bagi setiap klasifikasi

● merekodkan inventori wardrobe supaya anda membeli hanya item yang diperlukan

● mengamalkan mix and match apabila mengenakan pakaian dan aksesori

Rajah di bawah menunjukkan mix and match pakaian.

2) memenuhi peranan individu

Wardrobe perlu memenuhi peranan individu dalam masyarakat. Pakaian individu haruslah mencerminkan gender, pekerjaan, umur atau kedudukan dalam masyarakat setempat seperti jadual di bawah :

Gender Lelaki mempunyai wardrobe yang berlainan daripada perempuan.
Pekerjaan Individu yang memakai pakaian seragam, tidak memerlukan banyak pakaian dalam wardrobenya, manakala seorang ahli korporat atau eksekutif memerlukan banyak lounge suit.
Umur Remaja mempunyai wardrobe yang tidak sama dengan kanak-kanak atau orang dewasa.
Kedudukan dalam masyarakat Seseorang yang mempunyai peranan atau tanggungjawab dalam masyarakat seperti seorang imam masjid dapat dikenal pasti peranannya melalui pakaian.

3) memenuhi keperluan aktiviti harian

Aktiviti harian menentukan jenis pakaian yang perlu ada di dalam wardrobe. Pakaian riadah, kasual, dan formal bergantung kepada kecenderungan individu menjalankan aktiviti berkenaan. Contohnya individu yang suka bersukan mempunyai lebih banyak pakaian sukan, manakala individu yang selalu menghadiri majlis formal, mempunyai banyak pakaian formal. Wardrobe anda harus mempunyai pakaian mengikut aktiviti yang sering anda lakukan. Gambar di bawah menunjukkan pakaian formal, pakaian kasual, dan pakaian riadah.

4) bersesuaian dengan cuaca dan persekitaran

Pakaian yang dipakai semasa cuaca panas tidak sama dengan pakaian semasa cuaca sejuk.

● pakaian semasa cuaca panas terdiri daripada pakaian yang ringkas dan diperbuat daripada fabrik yang menyerap peluh seperti kapas dan sutera.

● pakaian semasa cuaca sejuk terdiri daripada baju tebal yang diperbuat daripada fabrik benang sayat yang dapat memerangkap haba.

Gambar menunjukkan pakaian yang dipakai di negeri bercuaca sejuk dan panas.

5) mengikut keperluan agama, bangsa dan budaya

Agama, bangsa dan budaya banyak mempengaruhi pemilihan pakaian individu. Sebagai contoh, wanita beragama Islam perlu memakai pakaian yang menutup aurat, manakala sami Buddha pula memakai kain kuning yang dililit di badan. Pakaian tradisional melambangkan bangsa dan budaya sesuatu kaum seperti ceongsam melambangkan pakaian tradisi kaum Cina, manakala sari melambangkan pakaian tradisi kaum India.

Hello world!

February 22, 2010

assalamualaikum..

hola2 hai sume :) hurm dah lah lewat sign up blog nie.ingatkan gune blogger je,rupe2nye wordpress.wowwi,tak tawu lagi kewujudan natang nie hihi tape,dapat belajar bende baru..so inilah dia,yuyusukasuki.selamat datang pada diri saya sendiri dan juge anda semua.tepuk tangan same same hehe

okay firstly mesti perlu tawu motif right? actli blog nie khas ntok subjek amali comp.dan tajuk aku ialah wardrobe. comel kan haha idea dari kak anis.kami sekumpulan..sorang lagi arina. sume skali 3orang lah! haha tapi kan melalui khabar angin yang tertiup2 kat telinge aku nie,boleh aje kalau nak post something yang laen dari tajuk.contohnya macam cerita pasal diri kita sendiri,family or kawan2 ke.tapi betol ke ek? cik mek!(lect kami)boleh tak? hehe

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.